Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REZEKI NADZRUL ZARFAN BERTEMU MUFTI WILAYAH

DALAM NEGARA

REZEKI NADZRUL ZARFAN BERTEMU MUFTI WILAYAH

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang tular mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dihalang solat saf pertama berkesempatan bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini.

Pertemuan Nadzrul Zarfan Sharul Azly, 10, di pejabat mufti itu ditemani oleh kedua ibu bapanya dan kanak-kanak itu berpeluang menceritakan pengalaman sebenar dilaluinya.

Video berdurasi 31 minit itu dimuat naik di Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, turut memperdengarkan kemerduan suara Nadzrul Zarfan membaca surah al-Fatihah dan doa qunut selepas diminta mufti.

Zulkifli juga memberi nasihat kepada kanak-kanak itu selain mendoakan menjadi anak yang soleh.

“Orang tua kita hormat, ibu bapa kita hormat, guru-guru kita hormat.

“Sikap yang ditunjukkan oleh anakanda Nadzrul ni baik sebenarnya, kurang-kurang masalah ni memberi kecelikan kepada pihak agamawan dan pihak ustaz.

“Memang ada khilaf satu-satu (perkara) tu. Jadi yang penting kita tafsirkan khilaf yang rahmah seperti ini menyebabkan masing-masing baik,” katanya.

Dalam paparan itu, jelas Dr Zulkifli menandatangani beberapa buku agama sebelum diserahkan kepada kanak-kanak tersebut.

Pertemuan dan perbualan cukup bermakna itu diakhiri dengan doa kebaikan dan kebahagiaan. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading