Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RM92,540 LESAP, KERANI AKAUN TERPEDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

DALAM NEGARA

RM92,540 LESAP, KERANI AKAUN TERPEDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

KUANTAN: Wang simpanan sebanyak RM92,540 milik seorang kerani akaun lesap selepas wanita itu terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman Facebook pada Mac lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.

“Akibat terpengaruh dengan tawaran keuntungan lumayan, mangsa telah membuat 12 transaksi ke empat akaun bank berlainan dalam tempoh empat bulan sebelum menyedari dirinya terpedaya kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan skim pelaburan melalui media sosial dan memaklumkan syarikat atau individu yang tidak diberi lesen atau kebenaran dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading