ROMBONGAN PENGANTIN, JEMAAH UMRAH ANTARA PENUMPANG TERKANDAS DI KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, berikutan pembatalan penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah dan Sarawak hari ini.
Orang ramai terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu apabila beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia antara Sabah, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia. –fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, berikutan pembatalan penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah dan Sarawak hari ini.
Rusnih Majid, 65, dari Kampung Luagan Sanginan Beaufort bersama 16 ahli keluarganya termasuk ibu pengantin lelaki dijadual bertolak ke Kuching pada jam 12.30 tengah hari melalui syarikat penerbangan Firefly, namun penerbangan itu dibatalkan hari ini serta dijadual semula.
Beliau berkata seawal jam 6 pagi lagi mereka telah bertolak dari Beaufort dan hanya mengetahui mengenai penjadualan semula penerbangan itu apabila tiba di KKIA kira-kira jam 9 pagi.
“Memang rasa kecewa juga sebab kami datang dari jauh (Beaufort), keluarga dari Labuan pun ada bersama, kami ke sana untuk majlis kahwin anak adik saya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Rusnih bagaimanapun berharap situasi itu tidak berlarutan dan mereka sekeluarga akan dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya itu yang berlangsung pada Sabtu ini.
Sementara itu, Penasihat Syariah Raudah Borneo Travel and Services Sdn Bhd Datuk Saifulzaman Sangul berkata agensi itu yang membawa seramai 66 jemaah umrah, juga turut terkandas.
Beliau berharap kepada semua jemaah supaya dapat bersabar dan berdoa semoga situasi itu akan menjadi lebih baik dan operasi penerbangan kembali berjalan seperti biasa.
“Mereka yang menunaikan umrah kita harapkan penerbangan mereka sampai ke Tanah Suci dengan aman selamat dan melaksanakan tanggungjawab umrah,” katanya.
Jemaah umrah Nuraini Robert, 54, dan anaknya Najwa Musain Musli, 28, dari Kampung Paal, Tenom juga terpaksa akur apabila penerbangan mereka melalui agensi umrah itu yang dijadual pada jam 12.05 tengah hari ke Singapura telah ditangguhkan.
Beliau berkata mereka hanya mengetahui penjadualan penerbangan itu ketika berada di KKIA, selepas dimaklumkan oleh agensi umrah yang membawa rombongan jemaah yang dijangka tiba di Jeddah esok.
“Makcik sampai di Kota Kinabalu semalam dan apabila terjadi situasi begini, kita terima sajalah, berdoa semoga keadaan akan menjadi lebih baik dan selamat sampai ke tempat yang dituju,” katanya.
Beberapa penerbangan hari ini antaranya Malaysia Airlines dan Air Asia menghubungkan KLIA, Sabah, dan Sarawak, dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.
Malaysia Airlines setakat ini memberitahu 19 penerbangannya telah dibatalkan, 11 penerbangan melibatkan Sabah, manakala lapan lagi melibatkan Sarawak.
Air Asia pula memberitahu 16 penerbangannya dengan destinasi KLIA dan Sabah dibatalkan, iaitu lapan melibatkan Kota Kinabalu dan lapan lagi melibatkan Tawau. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked