Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RONDAAN KETIGA TURKI, AS DI ZON SELAMAT UTARA SYRIA

DUNIA

RONDAAN KETIGA TURKI, AS DI ZON SELAMAT UTARA SYRIA

ANKARA: Tentera Turki dan Amerika Syarikat (AS) hari ini melakukan rondaan keselamatan ketiga di zon selamat di utara Syria berdekatan sempadan Syria-Turki.

Agensi berita Anadolu yang memetik ciapan Twitter Kementerian Pertahanan Turki berkata rondaan bersama itu bermula di timur Sungai Euphrates dan Tal Abyad dengan penyertaan anggota tentera, kenderaan darat dan UAV kedua-dua negara.

Pasukan keselamatan Turki dan AS merancang rondaan darat di bandar Tal Abyad di Syria. Kedua-dua negara melakukan rondaan pertama di zon selamat itu pada 9 September lalu.

Turki dan AS bersetuju untuk mewujudkan zon selamat di utara Syria pada 7 Ogos lalu bagi menyediakan koridor kemanusiaan untuk pelarian Syria yang ingin pulang ke wilayah konflik itu.

Kedua-dua negara juga bersetuju menubuhkan pusat operasi bersama bagi menangani ancaman keganasan di wilayah terbabit. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading