Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEDIA KAJI SEMULA GST: PM

DALAM NEGARA

SEDIA KAJI SEMULA GST: PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika ia kehendak rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian itu akan dibuat dengan menilai sama ada GST lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Well people believe it its better, we will study. Kalau itu (GST) kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” katanya selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Putrajaya di sini hari ini.

Ditanya sama ada pelaksanaan GST akan dimasukkan dalam belanjawan 2020, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku memandangkan bajet akan dibentangkan jumaat depan.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia sebelum ini dilaporkan berharap kerajaan mengembalikan semula GST.

Pengerusinya, Tan Seri Dr Kamal Salih berkata, sistem percukaian itu dilihat lebih adil dan cekap berbanding sistem SST.

Katanya, pelaksanaan semula GST pada kadar yang lebih rendah bersama-sama pemberian subsidi akan membantu mengurangkan kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah.

Kadar yang sesuai dicadang untuk dilaksanakan sistem itu ialah tiga peratus berbanding sebelum ini enam peratus. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading