TAK JADI UBAH TEMPAT PERBICARAAN: PENGGANAS CHRISTCHURCH

Foto AFP

WELLINGTON: Pengganas kulit putih yang telah membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand membatalkan rayuan untuk perbicaraan kes berkenaan dipindahkan dari selatan bandar itu ke lokasi lain.

Menurut laporan AFP, pasukan peguam Brenton Tarrant memohon perbicaraan kes terbabit diubah dari Christchurch ke bandar terbesar New Zealand, Auckland pada Ogos lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Cameron Mander hari ini berkata, tiada alasan dikemukakan pihak pembela untuk membatalkan permohonan tersebut.

Tarrant membunuh 51 orang dalam tragedi tembakan rambang terburuk negara itu membabitkan jemaah solat Jumaat di dua buah masjid pada 15 Mac lalu.

Serangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Tarrant, 29, mengaku tidak bersalah atas kesemua 92 pertuduhan yang dikenakan.

Pemuda dari Australia itu kini berada dalam tahanan di penjara dengan kawalan ketat di Auckland kira-kira 90 minit penerbangan dari Christchurch.

Dia akan dibicarakan pada 2 Jun tahun hadapan. — Agensi

Leave a Reply