SALAH GUNA LOGO HALAL: JANGAN BUAT SPEKULASI, BERI RUANG PROSES SIASATAN- ARMIZAN
Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup 2025 hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau turut meminta semua pihak agar memberi ruang serta peluang kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh berlandaskan undang-undang.
“Kita jangan ganggu siasatan, jangan beri tekanan, jangan buat spekulasi. Komitmen kita di KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) adalah untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus … ,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN di sini hari ini.
Pada 13 Jan lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan media mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di universiti awam itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.
Mengenai keputusan ujian kimia ke atas sampel produk ‘ham dan cheese’ yang dijalankan Jabatan Kimia, Armizan berkata setakat ini pihaknya belum menerima keputusan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Armizan menasihatkan mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan syarikat pengendali umrah untuk tampil membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
“Itu satu bentuk penipuan yang kita tangani kerana orang mengumpul duit untuk pergi menunaikan ibadah umrah tetapi akhirnya hasrat baik mereka tergendala disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti syarikat umrah ini,” katanya.
Baru-baru ini, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan di Sepang susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.
Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan mendapati pemilik syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta itu mempunyai rekod lampau membabitkan kes penipuan berkaitan pelaburan di Johor tahun lepas, yang masih dalam siasatan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked