SELANGOR TUBUH PUSAT PRASEKOLAH ANIS, BANTU PEMBELAJARAN ANAK ISTIMEWA
“Contohnya mereka (kanak-kanak istimewa) menghadapi masalah ‘toilet training’ atau cara makan. Semua perkara asas tersebut kita anggap normal, tapi anak-anak ini perlu dilatih (menerusi latihan khas). Latihan dibuat di sini secara ‘one-to-one’ oleh guru bertauliah bersama ibu bapa sekali seminggu selama dua jam dalam satu sesi,”
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) beramah mesra bersama murid-murid istimewa di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7, selepas menyempurnakan perasmian prasekolah khas tersebut hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pusat berkenaan terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran antaranya lewat perkembangan secara umum atau global developmental delay (GDD), sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran.
Amirudin berkata sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam selaku rakan kerjasama untuk menaik taraf sebuah dewan orang ramai kepada pusat prasekolah manakala YAWAS membelanjakan RM300,000 untuk kelengkapan pembelajaran serta lain-lain.
Jelasnya lagi pengoperasian pusat berkenaan sejak 22 Nov 2022 itu dilihat sebagai penanda aras kepada pengusaha tadika khususnya di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid berkeperluan khas.
“Mungkin selepas ini kita boleh lihat kerjasama (dengan pihak berkuasa tempatan) di tempat lain untuk wujudkan banyak lagi (Pusat Prasekolah ANIS) supaya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dapat menghantar anak mereka ke pusat tersebut terutamanya mereka yang tidak mampu untuk berbuat demikian kerana kosnya agak mahal.
“Jadi jika mereka masukkan anak-anak di sini, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut mempunyai kemahiran asas (sama seperti kanak-kanak normal) di peringkat prasekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Prasekolah ANIS, Seksyen 7 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.
Amirudin berkata kerajaan negeri sehingga kini menerima hampir 100 permohonan untuk menubuhkan Pusat Prasekolah ANIS dan 35 daripadanya bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sementara itu Dr Siti Mariah berkata di pusat pendidikan itu, ibu bapa juga akan diberi pendedahan dan ilmu berguna khususnya dalam mengurus kanak-kanak kurang upaya.
“Contohnya mereka (kanak-kanak istimewa) menghadapi masalah ‘toilet training’ atau cara makan. Semua perkara asas tersebut kita anggap normal, tapi anak-anak ini perlu dilatih (menerusi latihan khas). Latihan dibuat di sini secara ‘one-to-one’ oleh guru bertauliah bersama ibu bapa sekali seminggu selama dua jam dalam satu sesi,” katanya.
Katanya lagi, penubuhan Pusat Prasekolah ANIS itu akan diperluaskan ke kawasan luar bandar selepas ini antaranya di Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked