Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMBILAN MAUT GEMPA BUMI DI SEMPADAN TURKI-IRAN

DUNIA

SEMBILAN MAUT GEMPA BUMI DI SEMPADAN TURKI-IRAN

SUMBER FOTO: AL-JAZEERA

ANKARA; Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat kanak-kanak maut selepas gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan sempadan barat laut Iran dan Turki hari ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada jam 9.23 pagi (waktu tempatan) berhampiran kampung Habash-e Olya yang terletak kurang 10 kilometer dari sempadan.

Pusat Seismologi Universiti Teheran pula memaklumkan, gempa bumi berada pada kedalaman enam kilometer.

Di Turki, gegaran dirasai di kebanyakan daerah di Baskale di wilayah Van dekat sempadan Iran.

“Buat masa ini kami berdepan situasi di mana terdapat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan,” kata Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu.

Sementara itu di Iran, Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memberitahu, seramai 37 orang cedera dan sembilan daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

“Sebanyak 25 ambulans, sebuah helikopter penyelamat dan pasukan perubatan telah dikerah ke kawasan gempa,” katanya.

Menurut perkhidmatan kecemasan, gempa turut merosakkan bangunan di 43 buah kampung. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading