SEORANG MAUT DALAM INSIDEN BOT BERTEMBUNG DI PULAU PERHENTIAN
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
JERTIH: Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Rahmat Mat Ariffin, 43, dari Kampung Nail, Kuala Besut disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Azrol Anuar Nor berkata nahas itu membabitkan sebuah bot nelayan yang membawa tiga kru serta 10 penumpang dan sebuah bot pelancong yang dinaiki dua kru serta 10 penumpang.
“Kemalangan dikatakan berlaku ketika bot pelancong dari Pasir Panjang di Pulau Perhentian Kecil (yang dalam perjalanan) ke jeti sebuah pusat peranginan di Pulau Perhentian Besar melanggar bot nelayan yang menjalankan aktiviti sewaan mencandat sotong (yang dalam perjalanan) ke jeti kampung Pulau Perhentian.
“Akibat pelanggaran tersebut, bot nelayan bocor dan tenggelam manakala seorang kru meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya, dua penumpang cedera parah dan seorang cedera ringan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azrol berkata bot pelancong jenis gentian kaca hanya mengalami kerosakan kecil manakala semua kru serta penumpang termasuk tiga warga asing dan dua kanak-kanak tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian oleh bot orang awam sebelum dihantar ke Hospital Besut menggunakan bot Pasukan Polis Marin dan bot ambulans Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.
“Kejadian ini telah dirujuk kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.
“Polis menasihati semua pengusaha dan pemandu bot agar mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berada di perairan seperti memastikan bot dalam keadaan baik serta sentiasa mematuhi peraturan lain yang ditetapkan termasuk memastikan semua kru dan penumpang memakai jaket keselamatan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager