SERANGAN DI GAZA: PM BAWA SUARA MALAYSIA PADA SIDANG KEMUNCAK ASEAN-GCC
Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan usaha mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis.
RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Arab Saudi, malam tadi waktu Arab Saudi (awal pagi Khamis waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Beliau tiba dengan pesawat khas yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, kira-kira 35 kilometer di utara Riyadh, pada kira-kira jam 8.15 malam waktu tempatan.
Ketibaan Anwar dan delegasi disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Norman Muhamad dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
Anwar akan menyertai pemimpin ASEAN dan negara teluk pada Sidang Kemuncak yang akan berlangsung hari ini (Jumaat) di Hotel Ritz-Carlton.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan yang antara lain menyentuh serangan menggila Israel ke atas Gaza, Palestin yang masuk hari ke 14.
Sementara itu, antara pemimpin lain yang telah tiba di Riyadh termasuklah pemerintah Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
GCC adalah blok politik dan ekonomi yang dibentuk oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.
ASEAN dan GCC menjalin hubungan pada 1990 susulan hasrat negara-negara teluk itu mewujudkan hubungan rasmi dengan rantau Asia Tenggara.
Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan usaha mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis.
Dalam pada itu, Anwar dijadual mengadakan perbincangan dengan syarikat Aramco dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi sebelum bertemu rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.
Perdana Menteri turut dijadual menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.
Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah AS$10.26 bilion direkodkan pada 2022, peningkatan 159.2 peratus berbanding tahun 2021. –Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager