Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN SENGAJA ISRAEL TERHADAP ANGGOTA PENGAMAN PBB DI LUBNAN TIDAK BOLEH DITERIMA

DUNIA

SERANGAN SENGAJA ISRAEL TERHADAP ANGGOTA PENGAMAN PBB DI LUBNAN TIDAK BOLEH DITERIMA

ATHENS: Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan, menyifatkannya sebagai “tidak boleh diterima” dan menggesa agar permusuhan dihentikan, lapor Agensi Anadolu.

Antara anggota UNIFIL yang cedera akibat serangan Israel. – AFP

ATHENS: Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan, menyifatkannya sebagai “tidak boleh diterima” dan menggesa agar permusuhan dihentikan, lapor Agensi Anadolu.

“Perancis mengutuk insiden yang menjejaskan integriti fizikal anggota pengaman pada 7 Nov, susulan serangan berhampiran konvoi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) di Saida, meskipun laluan konvoi itu telah dimaklumkan lebih awal,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kementerian itu turut menyatakan bahawa lima anggota pengaman Malaysia cedera dalam serangan berkenaan dan menegaskan bahawa “lima anggota pengaman lain juga cedera dalam beberapa minggu kebelakangan ini akibat serangan sengaja oleh Israel, yang tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.”

Kenyataan itu menekankan keperluan melindungi anggota pengaman serta harta dan premis PBB.

“Perancis menyeru agar permusuhan dihentikan berdasarkan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang akan membolehkan kepulangan selamat rakyat Israel dan Lubnan yang dipindahkan ke kediaman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis, lima anggota pengaman cedera dalam serangan dron berhampiran pusat pemeriksaan tentera di Sidon, selatan Lubnan, menurut misi PBB.

UNIFIL beroperasi antara Sungai Litani di selatan Lubnan dan Blue Line, sebagai sebahagian daripada mandatnya di bawah Resolusi 1701 untuk mengekalkan keselamatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading