Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT TINDAKAN KHATIB SEBUAH MASJID KUPAS ISU BERI KEWARGANEGARAAN KEPADA RAKYAT CHINA

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT TINDAKAN KHATIB SEBUAH MASJID KUPAS ISU BERI KEWARGANEGARAAN KEPADA RAKYAT CHINA

KULIM: Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – Bernama

KULIM: Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

“Saya telah pun menerima aduan awal semalam, Jumaat, di satu masjid di dalam kawasan Parlimen Padang Serai yang khutbah Jumaatnya antara lain menyentuh tentang pemberian warganegara kepada rakyat China yang jumlahnya lebih satu juta.

“Walaupun saya sudah jelaskan…malah disangkal oleh Menteri Dalam Negeri sebelum saya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin, walaupun sudah dibetulkan fakta itu, sudah diberi keterangan tapi ternyata fitnah itu masih terus lagi menyemarak dan yang paling malang apabila institusi masjid dijadikan sebagai pentas,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, Karangan di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya kesal dengan perkara itu dan menjelaskan pentas khubah serta institusi masjid, seharusnya berperanan untuk menyampaikan pesanan bertakwa, menyeru kebaikan dan menjauhi kezaliman.

Beliau berkata apabila pentas khutbah dijadikan tempat mengupas isu-isu semasa yang maklumatnya tersasar, ia sekali gus menjadi fitnah.

Saifuddin Nasution juga berkata dia percaya bahawa teks asal khutbah yang disediakan pihak berkuasa agama tidak menyentuh isu tersebut, tetapi khatib berkenaan mengambil sikap sendiri untuk mengupas perkara itu.

“Saya mahu ulangi gesaan, nasihat supaya institusi masjid terutama pimpinan masjid daripada membenarkan para khatib terutama solat Jumaat daripada membenarkan guna platform khutbah itu untuk sampaikan bahan-bahan yang jauh terpesong,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading