Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIASATAN KES ADIB MASIH DITERUSKAN

DALAM NEGARA

SIASATAN KES ADIB MASIH DITERUSKAN

SEREMBAN: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor menegaskan pihak polis tidak pernah berhenti menjalankan siasatan terhadap kematian anggota bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Katanya, siasatan masih diteruskan walaupun kenyataan mengenainya telah pun dibuat (merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador).

“Kita tidak pernah berhenti melakukan siasatan jenayah terhadap insiden ini, kita masih meneruskan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.

Mahkamah Koroner pada Jumaat lepas memutuskan kematian anggota bomba dan penyelamat balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading