Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KP MKN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KP MKN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Engku Hamzah Tuan Mat, 59, meninggal dunia petang tadi.

Menurut kenyataan pegawai khas Allahyarham, sehingga jam 8 malam tadi, jenazah masih berada di Hospital Serdang dan urusan pengebumian masih belum dimaklumkan ahli keluarga.

“Sama-sama kita sedekahkah al-Fatihah kepada Allahyarham moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang muslimin. Sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa insyaAllah,” kata kenyataan ringkas itu.

Maklumat terkini diterima lewat malam tadi menyatakan jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Surau Al-Falah, Sg Ramal Dalam, jam 10 pagi dan akan dikebumikan di sana. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading