PUTRAJAYA: Jika ada ukuran kejayaan bagi penganjuran Karnival Rahmah 2019 (KR19), ia boleh diterjemahkan dengan kehadiran pengunjung berbilang kaum dan pelaksanaan konsep edutainment yang julung kali dibawakan agensi agama.
Karnival tiga hari anjuran bersama Jabatan
Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula Jumaat lalu berjaya menarik lebih 250,000
pengunjung dengan 20 peratus darinya adalah bukan Islam.
KR19 dimulakan dengan Forum Perdana Ehwal Islam
pada Khamis malam sebelum disulami kelainan melalui penganjuran Konsert Rahmah yang
menampilkan pelbagai artis berbilang bangsa di Dataran Putrajaya semalam yang dihadiri
lebih 10,000 pengunjung.
Ia disusuli dengan acara dan program edutainment lain seperti Halal Fun Run, Eco Alami Fun Ride, Karnival Kanak-Kanak, JAWI Food Bank, Jamuan Rahmah dan Maidatul Quran yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, karnival itu berjaya mencapai objektifnya untuk menunjukkan pentadbiran Islam dengan dasar negara rahmah berteraskan gagasan Rahmatan Lil Alamin.
Katanya, konsep KR19 akan diperluaskan di
peringkat negeri dan dipertimbangkan sebagai acara tahunan.
“Karnival Rahmah pamerkan sikap rakyat pilih jalan kedamaian, jalan keharmonian, jalan perpaduan dan keamanan berbanding jalan yang cuba mengheret rakyat Malaysia benci-membenci dan permusuhan,” katanya kepada pemberita pada sidang media penutup Karnival Rahmah di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad
Nordin Ibrahim dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Pada sidang media itu, Mujahid melahirkan penghargaan kepada semua penaja dan agensi terbabit, termasuk TV AlHijrah yang membuat liputan khas dan menyiarkan secara langsung Maidatul Quran dan Konsert Rahmah.
Konsert Rahmah menampilkan selebriti dengan lagu ketuhanan, kemanusiaan dan perpaduan.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee
Harris memberitahu AlHijrah Online, lebih 40 kru produksi terbabit dalam siaran
langsung dan liputan berita yang turut membabitkan kakitangan bilik berita serta
unit digital dan media baharu.
“Ini adalah pembabitan berskala besar bagi TV AlHijrah dari segi koordinasi siaran langsung. Alhamdulillah, ia dicapai dengan jayanya dengan kerja keras kakitangan tim AlHijrah,” kata Namanzee merujuk kepada siaran langsung “back-to-back” program Maidatul Quran dan Konsert Rahmah.
TV AlHijrah juga membuat lintas langsung dari lokasi bagi liputan berita dan program Assalamualaikum serta Facebook Live selama tiga hari berturut-turut bagi menghebahkan penganjuran Karnival Rahmah kepada umum.
Sebahagian tim TV AlHijrah bergambar selepas tamat Konsert Rahmah di Dataran Putrajaya semalam.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata siaran langsung Konsert Rahmah di TV AlHijrah yang mencapai 500,000 penonton juga membuktikan sambutan rakyat berbilang agama dan bangsa kepada karnival berkonsepkan edutainment itu.
“Mana ada acara tarian singa menari ikut rentak kompang,” kata Mujahid yang turut menyifatkan sambutan menggalakkan pengunjung ke reruai (booth) pameran berkonsepkan rahmah dan Konsert Rahmah sebagai indikasi positif rakyat.
Karnival Rahmah menyaksikan 29 acara dan
program berteraskan konsep Rahmah iaitu R untuk Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra,
Alami dan Hormat, dilaksanakan sebagai pengisian karnival di dalam karnival.
Sementara itu, Mohd Ajib yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana Karnival Rahmah 2019 menyifatkan karnival berkonsepkan edutainment itu sebagai pengiktirafan kepada agensi agama sebagai penganjur acara berskala besar.
David Arumugam dari Kumpulan Alleycats turut menjayakan Konsert Rahmah 2019
Pengunjung dari Shah Alam, Sarah Mohamad, 37, yang
datang ke Konsert Rahmah bersama empat anaknya berusia antara 9 hingga 14 tahun,
menyifatkan penganjuran Karnival Rahmah sebagai acara positif dan bermanfaat
untuk rakyat
“Datang untuk riadah dan latih anak berdepan dengan public (orang awam),” kata perunding perniagaan itu yang berada di barisan depan penonton semasa Konsert Rahmah disiarkan secara langsung. Dua anaknya, Uthman, 11, dan Khadijah, 9, turut naik ke pentas menyanyikan lagu bersama David Arumugan (gambar atas).
Berteraskan konsep edutainment KR19 turut menampilkan penyertaan agensi, jabatan kerajaan dan pihak swasta serta industri dan sederhana (IKS) selain penyertaan selebriti terkenal seperti Datuk Ramli Sarip, David Arumugan, Aisyah, Lah Ahmad, Wani Syaz, Azmi Caliph Buskers dan Sasterawan Negara A.Samad Said. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager