KUALA LUMPUR: Sebanyak
185 masjid di 10 negara, termasuk Masjid Negara di Malaysia, menjalankan kursus
bantuan pernafasan (CPR) secara serentak dan percuma kepada orang ramai
semalam.
Program bantuan kecemasan sempena International FIMA LifeSavers Day 2019 yang diadakan buat julung-julung kalinya pada 28 September setiap tahun itu dianjurkan Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).
Ia turut membabitkan kerjasama Masjid Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), IMACATS dan SignOn.
Pengarah Projek
FIMALifesavers 2019, Dr Azlan Helmy Abd Samat berkata, program bertujuan
meningkatkan khidmat bantuan kecemasan CPR dalam kalangan orang awam itu turut
diadakan di Masjid Kampung Baru anjuran Hospital Pakar Al Islam.
Orang ramai diajar teknik CPR dewasa dan kanak-kanak di Masjid Negara. Foto IMAM/FIMA
“Sepuluh negara mengadakan program ini secara serentak iaitu United Kingdom, Zimbabwe, Malawi, Nigeria, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Malaysia.
“Penganjuran program secara serentak ini dilakukan di 185 masjid membabitkan penglibatan ribuan sukarelawan pelbagai latarbelakang, termasuk jururawat, paramedik, pelajar perubatan, pegawai perubatan, pakar perubatan dan sukarelawan non-medikal,” katanya kepada AlHijrah Online.
Lebih 300 peserta kursus di Masjid Kg Baru dan lebih 450 di Masjid Negara. Foto IMAM/FIMA
Keseluruhannya, lebih 750 orang awam, termasuk kanak-kanak dan warga emas, menyertai kursus bantuan pernafasan International FIMA Lifesavers 2019 yang diadakan di Masjid Negara dan Masjid Kampung Baru semalam.
Mengulas lanjut,
Dr Azlan Helmy yang juga Pakar Perubatan Kecemasan dan Pensyarah PPUKM, berkata
peserta yang hadir antara lain diajar teknik CPR untuk orang dewasa, CPR untuk
kanak-kanak dan kaedah mengendalikan kes cekik dewasa dan kanak-kanak.
“Kami harap usaha ini dapat diteruskan untuk tahun mendatang,” kata Dr Azlan Helmy optimis.
Kursus bantuan kecemasan CPR di sebuah masjid di Karachi, Pakistan. Foto IMAM/FIMA
Pakar Anestesiologi dan Pensyarah Perubatan UPM, Dr Aizad Azahar ketika ditemui di Masjid Negara berkata, program itu bertujuan mengetengahkan masjid sebagai pusat komuniti masyarakat selain meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan mempelajari CPR.
“Kita mahu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang CPR agar statistik sedia ada meningkat dan supaya pesakit (akibat serangan jantung) mendapat peluang untuk diselamatkan sementara menunggu ambulans,” katanya.
Serangan jantung mengejut adalah salah satu punca kematian tertinggi di dunia. Data terkini menunjukkan hanya sekitar lapan hingga 12 peratus rakyat Malaysia melakukan CPR (bystander CPR rate) berbanding di negara maju kadar orang awam melakukan CPR antara 40 dan 60 peratus, sekaligus meningkatkan peluang individu diselamatkan. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali dan Zain Shamil
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked