SOLAT HAJAT MOHON KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA: KP JAKIM

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat melalui semua masjid utama di bawah pentadbirannya mulai hari ini bagi memohon Allah SWT memberi taufik dan hidayah supaya keadaan politik negara kembali stabil bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat.

Masjid terbabit adalah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya berkata pihaknya juga memohon kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa.

“Umum mengetahui negara kita kini mengalami situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan kehormonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malaysia kini berdepan krisis politik sejak awal minggu ini selepas kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) terbubar dengan peletakan jawatan Perdana Menteri, tindakan parti komponen dan sebahagian ahli Dewan Rakyat kerajaan, keluar dari gabungan PH. — AlHijrah Online

Leave a Reply