Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOP PERGERAKAN DALAM RADIUS 10 KM DIBATALKAN

DALAM NEGARA

SOP PERGERAKAN DALAM RADIUS 10 KM DIBATALKAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membatalkan prosedur operasi standard (SOP) pergerakan dalam radius 10 kilometer (KM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai kini boleh bergerak melebihi 10 km namun perlu memastikan tidak merentas negeri dan daerah.

“Walaupun di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas lebih 10 km kerana kawasan PKP pun banyak aktiviti perniagaan dibuka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri memaklumkan arahan larangan pergerakan rentas negeri dan daerah masih dikekalkan ketika ini.

Ujarnya, larangan rentas negeri dan daerah tersebut terpakai untuk semua negeri yang dilaksanakan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).

Bagi negeri Perlis yang dibawah PKP Pemulihan (PKPP), kebenaran rentas negeri turut tidak dibenarkan namun rentas daerah adalah dibolehkan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading