Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUGARBOOK: IBU BAPA BERTANGGUNGJAWAB DIDIK ANAK-ANAK, JAGA MARUAH DIRI

DALAM NEGARA

SUGARBOOK: IBU BAPA BERTANGGUNGJAWAB DIDIK ANAK-ANAK, JAGA MARUAH DIRI

May be an image of one or more people and text

KUALA LUMPUR: Pendedahan ribuan remaja yang kebanyakkannya pelajar wanita Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta mendaftarkan diri sebagai ‘sugar baby’ di aplikasi Sugarbook meresahkan banyak pihak terutama ibu bapa.

Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, sebagai bapa beliau berkongsi kerisaun terhadap penglibatan anak muda dalam aplikasi tidak bermoral seperti Sugarbook.

“Kadang-kadang, boleh jadi termenung memikirkan apakah anak kita bersedia untuk menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berjauhan dengan keluarga,” tulis Ahmad Marzuk di laman Facebook rasminya.

Beberapa hari selepas pendedahan jumlah pelajar IPT yang terlibat dengan Sugarbook, kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan menyekat laman sesawang serta aplikasi yang menyediakan saluran pertemuan di antara golongan lelaki kelas atasan yang dikenali sebagai ‘Sugar Daddy’ dan golongan wanita dalam lingkungan usia 18 – 35 tahun.

Menurut Ahmad Marzuk, kementeriannya juga akan menggerakkan inisiatif untuk mendekati mahasiswi terlibat dengan aktiviti yang boleh merosakkan akhlak mereka.

“Di pihak ibu bapa pula, jangan lupa tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi hamba yang bertakwa dan mampu memelihara maruah serta kesucian diri.

“Pasakkan ke dalam hati mereka bahawa Allah Ar-Razaq lah yang memberi rezeki, agar mereka tidak mudah menghinakan diri dengan mengharap kepada makhluk walaupun ketika keadaan mendesak,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading