Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR, KL, JOHOR, PULAU PINANG KEKAL PKP, NEGERI LAIN DITUKAR PKPB DAN PKPP

DALAM NEGARA

SELANGOR, KL, JOHOR, PULAU PINANG KEKAL PKP, NEGERI LAIN DITUKAR PKPB DAN PKPP

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal dilaksanakan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Manakala Perlis menjadi satu-satunya negeri dilaksanakan PKP Pemulihan (PKPP) bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Sarawak seperti diumum Sabtu lalu akan melaksanakan PKPB bermula semalam hingga 1 Mac depan.

“Secara umumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa kes di kebanyakan negeri telah mula menunjukkan trend penurunan bermula minggu ke-5 tahun 2021 iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga turut mengesahkan bahawa trend kes import (rentas negeri) juga menurun bermula 3 Februari 2021,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan, orang ramai boleh merujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk mengetahui SOP terperinci bagi negeri yang dilaksanakan PKP, PKPB dan PKPP. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading