Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STATUS PKP 3.0 HANYA DIKETAHUI DUA ATAU TIGA HARI SEBELUM 28 JUN – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

STATUS PKP 3.0 HANYA DIKETAHUI DUA ATAU TIGA HARI SEBELUM 28 JUN – MUHYIDDIN

TANGKAK: Status sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan ketika ini akan dilanjutkan atau sebaliknya hanya akan diputuskan dua atau tiga hari sebelum 28 Jun ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam masa terdekat berikutan banyak data perlu ditunggu dan dianalisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh akhir pelaksanaan PKP 3.0 (sebelum 28 Jun). Sekiranya kes Covid-19 boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang diharapkan dan negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), tetapi situasi sebenar kes Covid-19 berubah setiap hari,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Ujar beliau status PKP 3.0 nanti akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKP 3.0 akan dikuatkuasakan dari 15 Jun hinga 28 Jun ini.

Keputusan tersebut pada ketika itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading