Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Musta’in Billah – Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM – Bidang kuasa dimiliki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi kes-kes jenayah seperti dipersetujui dalam Statut Rom dikhuatiri boleh mengancam kedudukan dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu.
Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Kamal berkata, ini kerana sebarang kekebalan dimiliki ketua negara atau ketua turus angkatan tentera dalam undang-undang negara adalah tidak terpakai di ICC.
Katanya, ini bermakna YDPA sebagai ketua negara dan ketua turus angkatan tentera negara boleh didakwa di ICC atas kesalahan dilakukan jeneral atau mana-mana pegawai tentera yang berada di bawah kawalan efektif YDPA.
“Statut Rom membenarkan sesebuah negara itu untuk menghukum terlebih
dahulu penjenayah perang atau orang yang melakukan jenayah terhadap
kemanusiaan. Sekiranya negara itu tak mampu atau tak mahu melakukan
pendakwaan, barulah ICC mempunyai bidang kuasa terhadap penjenayah
perang ini.
“Dalam Perlembagaan kita, memang ada Mahkamah Khas
untuk raja-raja tetapi hanya untuk perkara peribadi dan bukan dari aspek
urusan rasmi. Namun, di bawah Statut Rom mereka tiada kekebalan dan
tidak boleh mempertahankan diri menggunakan alasan urusan rasmi,”
katanya kepada Sinar Harian.
Menurut
beliau, kerisauan yang timbul adalah jika YDPA sebagai ketua turus
angkatan tentera gagal menghalang keputusan dibuat jeneral yang
melanggar prinsip dan undang-undang perang.
“Walaupun YDPA adalah
ketua turus angkatan tentera namun YDPA tetap bergantung kepada
keputusan dan kebijaksanaan jeneral mengatur strategi perang. Tetapi
adakah YDPA mampu memastikan keputusan dibuat ini bertepatan dengan
undang-undang perang dan tidak melanggar prinsip perkadaran dan
kehati-hatian?,” soalnya.
Malah, katanya, walaupun ada pihak
menyifatkan tidak perlu bimbang kerana tiada kecenderungan untuk YDPA
atau angkatan tentera mengambil tindakan berperang dengan negara lain,
ia tidak boleh dijadikan alasan.
“Perlu diingat bahawa
undang-undang perang turut terpakai jika negara kita diserang. Dalam
keadaan terdesak, ada kemungkinan negara diserang mengambil pendekatan
yang melanggar undang-undang perang,” katanya.
Mohd Hisham
berkata, bagi memastikan negara ini mampu dan hendak melakukan
pendakwaan sendiri, pindaan Perlembagaan perlu dilakukan.
“Ini
kerana Perlembagaan memperuntukkan Mahkamah Khas raja-raja ini hanya
untuk kes peribadi dan bukan hal rasmi. Masalahnya ialah kita tak ada
undang-undang lagi di peringkat negara tetapi terus bersetuju dengan
Statut Rom.
“Memang benar perdana menteri atau menteri luar boleh memberi persetujuan kepada perjanjian ini selain YDPA. Namun disebabkan ia membabitkan raja-raja Melayu yang akan bergilir-gilir jadi YDPA, maka kerajaan sepatutnya dapatkan perkenan Majlis Raja-raja terlebih dahulu,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked