Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK UTAMA KES LIWAT EMPAT KANAK-KANAK DI SHAH ALAM DIBERKAS DI KEDAH

DALAM NEGARA

SUSPEK UTAMA KES LIWAT EMPAT KANAK-KANAK DI SHAH ALAM DIBERKAS DI KEDAH

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan di Kuala Nerang, Kedah semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes liwat dan amang seksual beberapa kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28 di Shah Alam.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan di Kuala Nerang, Kedah semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes liwat dan amang seksual beberapa kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28 di sini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek berusia 25 tahun yang disyaki terbabit dalam empat siri kejadian cabul dan liwat terhadap mangsa lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun itu, ditahan di kawasan Durian Burung, Kuala Nerang ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

Beliau berkata turut ditahan bersama suspek utama itu seorang lagi lelaki juga warga Pakistan yang dipercayai berperanan membantu suspek menyembunyikan diri. 

“Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, iaitu sebanyak dua kes, manakala dua lagi kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap kedua-duanya pada hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading