Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENENTANG TAWAN DAERAH DI IDLIB

DUNIA

PENENTANG TAWAN DAERAH DI IDLIB

IDLIB: Kumpulan penentang menguasai semula Saraqib, daerah strategik yang terletak dalam wilayah Idlib, daripada penguasaan rejim Bashar al-Assad hari ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan berita itu selepas kumpulan penentang itu menawan kampung al-Nayrab di Saraqib pada Isnin lalu, yang juga laluan masuk ke Idlib.

Turki dan Rusia sebelum ini mengisytiharkan Idlib sebagai zon de-ekskalasi di mana sebarang tindakan keganasan adalah dilarang, pada September 2018.

Lebih 1,800 orang awam terbunuh dalam serangan rejim Bashar dan sekutunya, Rusia sejak tempoh gencatan senjata itu, termasuk yang terbaru pada 12 Januari lalu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading