Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAMAT KHIDMAT MENTERI AGAMA, MOHD NA’IM AKAN TERUSKAN KHIDMAT KEPADA AGAMA DALAM APA JUA KAPASITI

DALAM NEGARA

TAMAT KHIDMAT MENTERI AGAMA, MOHD NA’IM AKAN TERUSKAN KHIDMAT KEPADA AGAMA DALAM APA JUA KAPASITI

KUALA LUMPUR: Berakhirnya tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bukanlah titik noktah untuk terus berbakti kepada agama, rakyat dan negara.

KUALA LUMPUR: Berakhirnya tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bukanlah titik noktah untuk terus berbakti kepada agama, rakyat dan negara.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan meneruskan khidmat dalam apa jua kapaisiti diamanahkan demi memastikan Islam terus mekar.

Beliau sebelum itu turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peluang yang diberikan untuk memikul amanah berkaitan hal ehwal agama.

“Sepanjang tempoh saya menerajui portfolio Hal Ehwal Agama, Pelan Transformasi Al-Falah telah dilaksanakan sebagai kerangka utama pembaharuan institusi agama. Pelan ini telah memberi impak yang nyata melalui penambahbaikan tadbir urus institusi agama, penyelarasan dasar yang lebih bersepadu, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta pemerkasaan kebajikan umat Islam secara lebih tersusun dan berfokus. 

“Pendekatan berteraskan data dan kebertanggungjawaban turut memastikan manfaat pelaksanaan dirasai secara langsung oleh kumpulan sasar,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja agensi Hal Ehwal Agama atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. 

Segala pencapaian yang dicapai itu adalah hasil kerja berpasukan dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Saya mendoakan agar beliau dapat meneruskan amanah ini dengan sebaiknya serta menyambung kesinambungan agenda dan inisiatif yang telah dirangka demi kepentingan agama dan negara,” katanya.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Dr. Zulkifli Hasan bagi menggantikan Mohd Na’im dalam barisan Kabinet baharu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading