Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH DI KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLANDS, LALUAN TERHALANG

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH DI KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLANDS, LALUAN TERHALANG

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu. 

Sumber Gambar: Media Sosial

KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu. 

“Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota. 

Menurut sekretariat itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading