Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KENAL PASTI DALANG UTAMA DADAH DI SUNGAI GOLOK

DALAM NEGARA

POLIS KENAL PASTI DALANG UTAMA DADAH DI SUNGAI GOLOK

Suspek lelaki berumur 24 tahun berasal dari Kelantan yang ditahan polis Thailand baru-baru ini dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket berkenaan.

Sumber Gambar: BERNAMA

KOTA BHARU: Polis telah mengenal pasti dalang utama pengedaran dadah susulan penahanan seorang rakyat Malaysia di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada 30 Dis lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata dalang pengedaran bahan terlarang itu yang berasal dari Pulau Pinang kini berada di bawah radar polis.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 24 tahun berasal dari Kelantan yang ditahan polis Thailand baru-baru ini dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket berkenaan.

“Suspek itu juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos dipercayai menjadi rakan subahatnya. Mereka terlibat dalam operasi pengedaran dadah yang dibekalkan dari Thailand,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan peringkat kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti rangkaian pengedaran lain yang terlibat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Pol Jadsadavit Ingprapan mengesahkan telah menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Golok pada 30 Dis.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah 1,943 biji pil ekstasi, pil erimin 5 (1,510 biji) serta beberapa jenis dadah lain yang turut ditemukan di dalam premis terbabit.–


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading