Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIKH PENTING PRN ENAM NEGERI DIKETAHUI HARI INI

DALAM NEGARA

TARIKH PENTING PRN ENAM NEGERI DIKETAHUI HARI INI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri terlibat. 

Foto arkib. — AFP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri terlibat. 

Mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Menara SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Ia diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRN bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

SPR akan mengadakan sidang media sejurus selesai mesyuarat khas itu.

BernamaTV akan menyiarkan secara langsung sidang media tersebut.

Isnin lepas, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu adalah susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) keenam-enam negeri itu daripada Speaker DUN masing-masing. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading