Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TEMPATKAN KEDUTAAN DI BAITULMAQDIS ADALAH SATU TINDAKAN KEGANASAN – TUN M

UTAMA

TEMPATKAN KEDUTAAN DI BAITULMAQDIS ADALAH SATU TINDAKAN KEGANASAN – TUN M

SINGAPURA:  Cadangan Australia untuk menempatkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis disifatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai suatu tindakan keganasan. Dikenali sebagai individu yang tegas dan lantang, Dr Mahathir akui menyuarakan pandangan itu dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Scott Morrison.

Bagaimanapun, Australia masih belum membuat sebarang ketetapan berkenaan cadangan itu.

“Seperti saya maklumkan, dalam menangani keganasan, pertama sekali kita perlu tahu puncanya.

Dr Mahathir sebelum ini dikenali sebagai individu yang lantang terutama dalam membela nasib rakyat Palestin.

“Menambahkan lagi punca keganasan, ia tidak akan membantu. Saya nyatakannya kepada beliau (Morrison). Australia belum buat sebarang keputusan dan mereka akan menilainya,” katanya kepada media seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini pada Khamis. Bercakap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu, Dr Mahathir menyifatkan tekanan yang dihadapi rakyat Palestin sudah cukup terseksa.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading