EMPAT LAGI MAUT, JADIKAN LAPAN JUMLAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat kematian dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan lapan maut akibat COVID-19 di negara ini.

Dua kes kematian di Kuching, Sarawak, dan masing-masing satu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kelantan, kata KKM melalui Twitter.

Terdahulu KKM memaklumkan terdapat 153 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif 1,183 kes jangkitan wabak itu di Malaysia.– AlHijrah Online

Leave a Reply