Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TGV ASINGKAN TEMPAT DUDUK LELAKI, WANITA DAN KELUARGA BERMULA 3 SEPTEMBER

DALAM NEGARA

TGV ASINGKAN TEMPAT DUDUK LELAKI, WANITA DAN KELUARGA BERMULA 3 SEPTEMBER

KUALA TERENGGANU: TGV Cinemas umum garis panduan pawagam baharu di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu dengan melaksanakan pengasingan tempat duduk mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga bermula 3 September 2020.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, syarikat pawagam itu memaklumkan pelaksanaan itu berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi industri hiburan di negeri Terengganu.

“Perlaksanaan ini hanya akan dikuatkuasakan di lokasi ini sahaja.

“Kami berharap anda dapat mematuhi segala syarat-syarat ini dan kerjasama anda amat dihargai,” jelas kenyataan itu.

Selain pengasingan tempat duduk, penonton beragama Islam juga hendaklah berpakaian menutup aurat.

Bagi penonton bukan beragama Islam pula hendaklah berpakaian sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, jarang dan singkat.

Malah penonton juga tidak dibenarkan membawa minuman keras. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading