Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KOMPROMI DALAM ISU DISIPLIN, INTEGRITI – PANGLIMA TENTERA UDARA

DALAM NEGARA

TIADA KOMPROMI DALAM ISU DISIPLIN, INTEGRITI – PANGLIMA TENTERA UDARA

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin, termasuk dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera baru-baru ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin, termasuk dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera baru-baru ini.

Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab, termasuk pemberhentian daripada perkhidmatan sekiranya bersalah.

“Saya selaku Panglima Tentera Udara berasa kesal dan menegaskan bahawa TUDM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin.

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan dan perkhidmatan demi memelihara imej, maruah, serta profesionalisme TUDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menekankan bahawa sebarang aktiviti tidak bermoral di dalam pangkalan tentera adalah dilarang sama sekali kerana ia mencemarkan imej dan maruah TUDM. Setiap isu berkaitan disiplin dan integriti pegawai serta anggota akan dipandang serius.

Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Sejak itu, beberapa dakwaan mengenai aktiviti tidak bermoral melibatkan individu luar dan pegawai tentera menjadi tular di media sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading