Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LARANGAN RENTAS NEGERI DI MELAKA

DALAM NEGARA

TIADA LARANGAN RENTAS NEGERI DI MELAKA

MELAKA: Perkhabaran yang tular di media sosial tentang kawalan rentas negeri di seluruh Melaka adalah palsu.

Pejabat Ketua Menteri Melaka memaklumkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman, tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kawalan rentas negeri di negeri itu.

Orang ramai digesa untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu, terutama tentang COVID-19, untuk mengelakkan daripada kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya di Melaka.

Pihaknya juga menasihati agar tidak mempercayai sebarang khabar angin atau berita palsu yang disebarkan dari sumber yang tidak tepat.

Segala maklumat tentang pandemik COVID-19 di Melaka, boleh merujuk dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading