TIADA SISTEM PAGAR ELEKTRIK, PARIT PENGHALANG DI KAWASAN SERANGAN GAJAH – PERHILITAN
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan serangan gajah liar yang dipercayai menyebabkan seorang pengawal keselamatan maut dipijak di Tanah Tinggi Lojing, kelmarin berlaku di kawasan yang tidak mempunyai sistem pagar elektrik gajah.
GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan serangan gajah liar yang dipercayai menyebabkan seorang pengawal keselamatan maut dipijak di Tanah Tinggi Lojing, kelmarin berlaku di kawasan yang tidak mempunyai sistem pagar elektrik gajah.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata selain itu kawasan tersebut juga tidak mempunyai parit penghalang gajah menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai telah diserang oleh dua ekor gajah liar berdasarkan kesan tapak kaki gajah bersaiz antara 30 hingga 35.6 sentimeter dan kesan gajah makan pada daun pokok kelapa sawit.
“Gajah yang menyerang mangsa adalah daripada Kumpulan ID Brooke yang mempunyai populasi anggaran sebanyak 30 ekor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Hafid berkata sebelum ini, pihaknya tidak pernah menerima apa-apa aduan berkenaan kehadiran dan serangan gajah di kawasan ladang berkenaan.
“Semakan rekod Aduan Konflik Hidupan Liar Daerah Gua Musang mendapati tiada rekod aduan gangguan gajah liar di kawasan ladang di Lojing itu,” katanya.
Beliau juga menasihatkan para pekerja ladang supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan membuat laporan kepada Perhilitan.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Marzuki Mohd Nawi, 42, maut dipercayai dipijak gajah di kawasan ladang berhampiran Tanah Tinggi Lojing ketika dalam perjalanan ke sungai di kawasan ladang untuk memancing ikan bersama seorang rakannya.
Hasil pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan terdapat kesan lebam dan luka di sebelah pinggang kiri yang dipercayai dipijak gajah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests