Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA TIMBALAN MENTERI, MOHD NA’IM HORMATI KEPUTUSAN PM

DALAM NEGARA

TIADA TIMBALAN MENTERI, MOHD NA’IM HORMATI KEPUTUSAN PM

Bercakap kepada media di sini, Mohd Na’im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.

Foto arkib

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menghormati keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengumumkan pelantikan jawatan timbalan menteri di bawah portfolio itu.

Bercakap kepada media di sini, Mohd Na’im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.

“Kuasa lantikan di bawah Perdana Menteri, saya hormati apa diputuskan Perdana Menteri, sebelum ini pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar, maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.

“Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab), saya tengok ada kebaikan seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan. Insya-Allah jika kita berjaya gerak (portfolio ini), ia jadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam,” katanya selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading