AIR SUNGAI GOLOK MELEPASI PARAS BAHAYA, PENDUDUK WASPADA
Peniaga kedai makan Syed Abu Bakar Syed Daud, 62, berkata walaupun sudah biasa menghadapi bencana alam itu sejak puluhan tahun namun dia tetap bimbang sekiranya berlaku banjir di luar jangkaan.
Bacaan paras air sungai Golok iaitu 9.35 meter melepasi paras bahaya pada 12.45 tengah hari tadi.
PASIR MAS: Penduduk di Pekan Rantau Panjang yang tinggal berdekatan Sungai Golok mengambil langkah berjaga-jaga apabila air sungai tersebut naik melepasi paras bahaya selepas hujan lebat sejak tiga hari lepas.
Peniaga kedai makan Syed Abu Bakar Syed Daud, 62, berkata walaupun sudah biasa menghadapi bencana alam itu sejak puluhan tahun namun dia tetap bimbang sekiranya berlaku banjir di luar jangkaan.
“Saya telah melakukan persiapan dengan meletakkan barang-barang di rak yang dibina khusus untuk menghadapi bencana banjir setiap tahun.
“Biasanya jika banjir di Pekan Rantau Panjang kami tidak boleh berniaga selama seminggu kerana air Sungai Golok melimpah dan memasuki kawasan pekan ini separas pinggang orang dewasa,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Menurut laman web Infobanjir Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) paras air Sungai Golok melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan 9.34 meter setakat 12.30 tengah hari tadi.
Syed Abu Bakar berkata sejak 20 tahun berniaga di pekan itu, banjir biasa berlaku apabila hujan lebat berterusan selama tiga hari.
“Sekarang ini hujan lebat namun tidak lama, sekejap lebat sekejap tidak namun kami tetap berwaspada kerana air Sungai Golok tidak lagi pecah dua memasuki Thailand dan Rantau Panjang. Kini lebih tertumpu ke kawasan pekankerana di sebelah Thailand sudah ada benteng di sepanjang sungai itu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di Kampung Tersang yang terjejas banjir bulan lepas mendapati berlaku limpahan air sungai dan sudah memasuki kawasan halaman rumah penduduk.
Marie Suriani Abdullah, 43, berkata penduduk kampung itu baharu sahaja pulang ke rumah masing-masing minggu lepas setelah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Sekarang ini kami berjaga-jaga untuk sekali lagi berpindah ke PPS sekiranya berlaku lagi banjir.
“Setiap kali tiba musim tengkujuh kami perlu berpindah ke PPS tiga hingga empat kali,” katanya.
Rosmandi Che Wil, 49, berkata apabila tiba bulan Disember penduduk kampung pasti resah memandangkan kediaman mereka terletak kira-kira 20 meter daripada Sungai Golok.
“Jika hujan lebat dua atau tiga hari kami perlu mengemas rumah untuk berpindah.
“Setiap tahun berdepan dengan banjir menyebabkan kami lebih bersedia dan seawal bulan November persiapan rapi termasuk bot telah disediakan,” katanya.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.