Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MASJID SELIAAN JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT UNTUK MANGSA SERANGAN ISRAEL

DALAM NEGARA

TIGA MASJID SELIAAN JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT UNTUK MANGSA SERANGAN ISRAEL

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat khusus bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mangsa tragedi di Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Gambar fail. – Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat khusus bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mangsa tragedi di Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata ia akan diadakan di tiga masjid utama di bawah seliaan jabatan itu iaitu Masjid Negara di ibu negara serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Beliau berkata solat hajat dan doa selamat akan diadakan selepas solat Maghrib pada Khamis dan selepas solat Jumaat di tiga masjid berkenaan.

“Jakim turut berbesar hati dan mengajak seluruh masjid-masjid, surau-surau dapat mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah atas ujian yang menimpa ini,” katanya dalam kenyataan.

Jakim dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas mengakibatkan lebih 41,600 orang terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 96,400 cedera. 

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres mengecam peluasan konflik di Timur Tengah dan berkata gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel mengumumkan pada lewat Isnin bahawa mereka telah melancarkan “kempen darat yang terfokus dan terhad” terhadap Hezbollah di selatan Lubnan dan media melaporkan 95 orang terbunuh dan 172 yang lain cedera akibat serangan udara dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu kota Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar apabila berita mengenai tentera Israel yang memulakan pencerobohan darat ke selatan Lubnan mula tersebar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading