Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT DALAM KEBAKARAN EMPAT KILANG DI OLAK LEMPIT 

DALAM NEGARA

TIGA MAUT DALAM KEBAKARAN EMPAT KILANG DI OLAK LEMPIT 

Tiga maut dalam kebakaran melibatkan empat buah kilang termasuk kilang pemprosesan minyak di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting malam tadi.

Sumber: Media sosial

SHAH ALAM: Tiga maut dalam kebakaran melibatkan empat buah kilang termasuk kilang pemprosesan minyak di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada 11.03 malam sebelum sepasukan 69 anggota dan pegawai digerak ke lokasi kejadian.

“Kebakaran masing-masing melibatkan empat premis termasuk kilang pemprosesan yang terletak bersebelahan.

“Mayat mangsa pula ditemukan rentung semasa proses overhaul di kilang pemprosesan minyak yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ahmad Mukhlis berkata pasukan operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, KLIA, Dnegkil, Cyberjaya, Bangi, Petaling Jaya, Presint 7 Putrajaya serta Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sri Serdang, Seri Kembangan dan Rantau Panjang, Klang, manakala api berjaya dikawal pada 1.15 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading