Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR MUHAMAD AKMAL LETAK JAWATAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA

DALAM NEGARA

DR MUHAMAD AKMAL LETAK JAWATAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai Exco berkuat kuasa minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan disandangnya ketika ini susulan gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading