ALOR SETAR: Tujuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan di daerah Kota Setar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula 12.01 tengah malam tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh, SJR terbabit diadakan termasuklah di hadapan Restoran Haji Ramli di Simpang Empat, Jalan Batas Paip di Kuala Kedah, Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan, di hadapan Balai Polis Kepala Batas dan Jalan Hutan Kampung.
Jelasnya, tiga daripada SJR terbabit iaitu jalan masuk dari Jitra ke Alor Setar di Kepala Batas, laluan masuk ke Plaza Tol Alor Setar Utara, dan laluan keluar ke Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup dan diletakkan penghadang jalan untuk menghalang orang ramai keluar masuk ke kawasan itu tanpa sebarang urusan.
“Kita akan mengadakan tujuh SJR yang melibatkan sempadan di dalam daerah Kota Setar.
“Untuk tujuh SJR ini kita juga turut melibatkan kekuatan daripada Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana kerjasama sebelum ini dan kita turut mengadakan sebanyak 21 pasukan pemantau yang akan digerakkan mengikut syif yang telah di tetapkan,” katanya.
Menurutnya, 21 pasukan pemantau akan melakukan pemantauan termasuk di laluan tikus di sekitar kawasan kampung bagi mengelak penduduk cuba lari ke daerah lain.
Beliau berkata, sekiranya ada urusan keluar masuk ke daerah sempadan, orang ramai perlu mengemukakan surat kebenaran untuk tujuan itu.
Mohd Redzuan berkata, sekiranya ada individu yang didapati ingkar atau melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, mereka boleh dikompaun atau ditangkap.
Menurutnya, perkhidmatan menghantar makanan ke rumah-rumah juga perlu mendapat surat kebenaran polis.
Selain itu katanya penduduk Kota Setar di kawasan TEMCO yang bekerja di luar daerah pula digalakkan melakukan kerja di rumah.
Tindakan itu kata beliau, penting bagi mengelak penularan COVID-19 merebak ke kawasan lain dan beliau berharap penduduk di kawasan TEMCO mematuhi syarat yang ditetapkan. — AlHijrah Online.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager