Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tun M: ECRL batal

DALAM NEGARA

Tun M: ECRL batal

Tun Mahathir ketika berucap di persidangan Pelan AntiRasuah Nasional 2019-2023 di PICC hari ini  – Foto Sinar Online

PUTRAJAYA, 29 Januari – Selepas beberapa kenyataan mengelirukan oleh menteri-menteri PH berhubung pembatalan kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengesahkan kontrak itu dibatalkan.

Menjawab soalan wartawan berhubung pihak yang menjadi punca kekeliruan itu, Dr Mahathir berkata, adakalanya ia berlaku apabila beberapa menteri membuat pengumuman itu sebelum tiba masanya.

“Saya mengakui kesilapan telah dibuat tetapi kita akan membetulkan kesilapan itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memberi kenyataan bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan AntiRasuah Nasional 2019-2023 di PICC hari ini.

Sinar Online melaporkan, pada masa yang sama Dr Mahathir berkata berkata kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC) terpaksa ditamatkan kerana kerajaan menanggung beban hutang yang tinggi.

Dr Mahathir berkata, Kerajaan bukan tidak mahu menghormati kontrak sedia ada, tetapi sedar tidak mampu membayar kontrak yang menelan belanja lebih daripada RM100 bilion.

“Ini akan memudaratkan negara dan kita akan jelaskan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kita bukan mahu mengecewakan atau membuang kontrak tetapi kerana kita benar-benar terikat dari segi kewangan,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading