Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari in – Foto Bernama
PUTRAJAYA, 29 Januari – Penjawat
awam adalah golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi mereka
yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan, kata Ketua
Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata, kajian mendapati
sebanyak 40 peratus daripada pesalah yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kalangan penjawat awam bagi tempoh 2011 hingga
2015.
Rasuah adalah isu kritikal yang
perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan
berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi apa jua program
atau projek yang dilaksanakan.
“Ini sudah tentu memberikan kerugian besar
kepada negara. Rasuah bukan semata-mata kesalahan undang-undang. Tetapi juga
kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej Malaysia di mata
dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah
Nasional (NACP) 2019-2023 di sini hari ini.
Memetik laporan Sinar harian, pelan
yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dibangunkan Pusat
Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) dan mengandungi 115 inisiatif anti
rasuah merangkumi enam sektor.
Ismail berkata kajian Persepsi
Integriti Nasional (KPIN) mendedahkan bahawa penjawat awam juga kurang
kefahaman mengenai rasuah, khususnya yang berkaitan dengan 10 kesalahan rasuah
seperti yang terkandung dalam akta SPRM 2009.
Pelaksanaan NACP bagi tempoh lima
tahun akan datang itu amat signifikan dalam mencerminkan harapan rakyat untuk
membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan
ketelusan, akauntabiliti dan integriti.
Mengalu-alukan pelancaran pelan
itu, Ismail berharap imej dan kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan ke
arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara menerusi pelaksanaan
NACP.
“Matlamat NACP yang mahu menjadikan penjawat
awam efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama. Pada
masa yang sama, persepsi negatif masyarakat terhadap penjawat awam turut dapat
diperbaiki,”ujar beliau.
Beliau berkata pelan itu juga
dapat membantu menangani isu governans, integriti dan anti rasuah secara
menyeluruh, khususnya dalam perkhidmatan awam selain undang-undang yang
membolehkan tindakan punitif diambil terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan
ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan.
Sambil menegaskan bahawa
pembaharuan ke arah mensejahterakan perkhidmatan awam dan rakyat amnya amat
perlu dilaksanakan dalam sektor awam demi menambah baik kualiti penyampaian
perkhidmatan.
“Pemisahan kuasa antara badan pemerintah,
perundangan dan kehakiman perlu diutamakan dalam memastikan integriti
perkhidmatan awam tidak dipertikaikan.”
“Doktrin pengasingan kuasa dalam amalan
demokrasi ini amat penting bagi melindungi kebebasan semua pihak dan untuk
menghindari daripada berlaku salah guna kuasa,” katanya.
Demi mencapai kecemerlangan di
peringkat antarabangsa dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,
Ismail berkata perkhidmatan awam perlu bebas daripada rasuah..
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests