Kutipan zakat PPZ-MAIWP 2018 RM651.22 juta

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi 2018, mencatat 651.22 juta ringgit, peningkatan 6% berbanding tahun sebelumnya.
Faktor peningkatan itu termasuk kempen berterusan oleh PPZ-MAIWP kepada masyarakat mengenai kepentingan zakat dengan kerjasama pelbagai institusi.
Katanya, faktor ini menggambarkan betapa PPZ dan MAIWP bekerjasama rapat untuk merealisasi sasaran yang ditetapkan.
Jumlah pembayar zakat juga meningkat kepada 180,958 orang, 7% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Mengikut jenis zakat, zakat pendapatan meningkat 9% iaitu RM445.44 juta. Zakat perniagaan mencatat RM118.14 juta. Zakat simpanan meningkat 7%, iaitu RM45.95 juta. Zakat harta meningkat 1% iaitu RM38.02 juta. Qadha zakat pula mencatat RM0.78 juta dan lain-lain kutipan berjaya mengumpul RM2.89 juta.
Tambah Datuk Seri Dr. Mujahid, peningkatan kutipan zakat dibantu pelbagai program PPZ-MAIWP dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk remaja, wanita dan warga korporat.
Beliau juga menyasarkan kutipan zakat bagi tahun ini sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 000 orang.
–Laporan disediakan oleh Hakim Hasan, wartawan Tv Hijrah