Connect with us

ALHIJRAH NEWS

Thailand – Undi awal bermula

DUNIA

Thailand – Undi awal bermula

Pusat pendaftaran mengundi di Thailand sesak – Foto Sinar Online

BANGKOK, 29 Januari – Laman untuk pendaftaran pengundian awal sesak semalam selepas sejumlah besar pengundi mahu menggunakan hak mengundi mereka menjelang Pilihan Raya Umum pertama di Thailand pada 24 Mac depan.

Sinar Online memetik laporan The Nation yang menyebutkan pendaftaran secara atas talian itu dibuka pada tengah malam di laman Jabatan Pentadbiran Awam, namun ia tergendala pada pagi berikutan terlalu ramai pengundi cuba mengakses pada masa yang sama.

Timbalan Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Nat Laosisavakul berkata, pengundi di luar negara turut terjejas akibat masalah teknikal tersebut.

Kira-kira 1,000 pengundi berjaya mendaftar dan pendaftaran itu juga boleh dibuat menerusi pejabat jabatan atau Kedutaan Thailand sehingga 19 Februari ini.

EC menjangkakan jumlah pengundi boleh mencecah lebih dua juta orang dan kebanyakan pengundi tergesa-gesa mahu mendaftar berikutan sistem pemilihan baharu yang menjanjikan setiap undian akan dikira.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading