UNDI 18 PELUANG GOLONGAN MUDA TOLAK KEPIMPINAN TOKSIK, RASUAH
Undi 18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk para pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan mereka.
KUALA LUMPUR: Undi 18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk para pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan mereka.
Menerusi kenyataan bersama #RasuahBusters dan rakan gabungan, golongan muda harus tampil sebagai barisan hadapan kepimpinan di dalam proses pembikinan polisi serta penggubalan undang-undang dalam mengemudi pentadbiran untuk mencorak masa hadapan negara.
“Krisis kepimpinan dalam geopolitik hari ini memerlukan perubahan berimpak tinggi terhadap pemulihan struktur tadbir urus dan akauntabiliti Negara. Defisit kepercayaan terhadap tahap integriti telah menimbulkan persepsi negatif rakyat dan dunia terhadap Malaysia.
“Isu ini tentunya memerlukan solusi yang strategik. #RasuahBusters bersama rakan gabungan melihat bahawa golongan muda adalah akar yang akan membawa karakter yang lebih kompetitif, progresif, inovatif dengan semaian akhlak, nilai dan maruah yang tinggi bagi memacu transformasi negara,” kata kenyataan tersebut.
Oleh itu rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
Landskap politik, ekonomi dan sosial Negara mampu diperkasakan selaras kepantasan arus dunia dengan penglibatan langsung golongan muda melalui ideologi yang digarap daripada hasil-hasil kajian akademik, pembaharuan teknologi, kapasiti tenaga dan keupayaan anak muda dalam membentuk inisiatif pembaharuan sosial yang komprehensif.
“Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal (SDG)) yang telah disasarkan menjelang 2030, golongan muda juga harus berani untuk tampil dalam proses advokasi hak-hak bagi menjamin kualiti pendidikan, kesihatan, alam sekitar serta jaminan peluang pekerjaan bagi kemampanan ekonomi dan sosial.
“Anak muda bangkit bukan retorik. Ia adalah jaringan ekosistem yang amat signifikan. Pensejajaran misi secara berterusan bersama golongan muda bakal menentukan halatuju kemajuan yang selari dengan kebangkitan #NilaiMoralKarakterBangsa agar negara ini bebas daripada kemelut ketidakstabilan politik dan isu rasuah,” ujar kenyataan tersebut.
#RasuahBusters bersama rakan gabungan berpandangan, sebagai aset penting negara, komitmen bersepadu golongan muda adalah sinar harapan lahirnya negara yang progresif, telus, dan jujur.
“Tindakan hari ini adalah penentu selamat atau sengsaranya rakyat. Mulakan dengan memilih pemimpin yang tidak rasuah. Jangan biarkan perasuah merampas masa depan anak muda Malaysia,” jelas kenyataan itu.
Antara rakan gabungan belia #RasuahBusters ialah UNDI 18, IKRAM Muda Malaysia, Majlis Belia Malaysia; Majlis Belia Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.