Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAGIH PUKUL BAPA TIRI KERANA TIDAK DAPAT WANG BELI DADAH

DALAM NEGARA

PENAGIH PUKUL BAPA TIRI KERANA TIDAK DAPAT WANG BELI DADAH

Seorang lelaki bertindak memukul dan menendang bapa tirinya gara-gara tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

YAN: Seorang lelaki bertindak memukul dan menendang bapa tirinya gara-gara tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Kejadian berlaku di Kampung Ruat, Yan kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, ketika kejadian mangsa berusia 71 tahun bersama isterinya berada di bahagian ruang tamu rumah.

Suspek dikatakan masuk ke dalam rumah kemudian terus meminta wang kepada bapa tirinya untuk membeli dadah.

Shahnaz berkata, mangsa bagaimanapun enggan menuruti kehendak tersebut menyebabkan suspek naik berang dan menumbuk mangsa di bahagian belakang kepala sebelah kiri mangsa.

Bimbang terus dibelasah, mangsa dan isteri kemudian keluar dari rumah sebelum suspek meluru keluar dan menendang di bahagian belakang badan lelaki warga emas itu.

Kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dada, muka dan telinga.

Mangsa yang bimbang nyawanya dan isteri terancam bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

Shahnaz berkata, susulan itu suspek berusia 29 tahun yang tidak bekerja telah berjaya ditahan polis pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi.

Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan 18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI OKU TENDANG BAPA TIRI BERDEPAN HUKUMAN PENJARA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading