Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BURUH MENYAMAR ANGGOTA POLIS TUNJUK GARI DITAHAN

DALAM NEGARA

BURUH MENYAMAR ANGGOTA POLIS TUNJUK GARI DITAHAN

Suspek dipercayai berbuat demikian dengan niat untuk menakut-nakutkan serta meminta mangsa yang berusia 32 tahun menghormati dia yang kononnya seorang anggota polis.

Sumber Gambar : PDRM Pulau Pinang

TASEK GELUGOR: Tindakan seorang lelaki yang menyamar dan mengaku sebagai seorang anggota polis dengan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan seorang peniaga membawa padah apabila suspek ditangkap polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di tepi jalan di Bertam di sini pada jam 10 pagi selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai merakam video berkenaan dengan niat untuk menakut-nakutkan serta meminta mangsa yang berusia 32 tahun menghormati dia yang kononnya seorang anggota polis.

“Suspek berbuat demikian selepas dia dan mangsa mempunyai masalah berkaitan isu rumah sewa sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Susulan penahanan, polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek serta sepasang gari bersama anak kunci.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading