Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA BERI AMARAN BENCANA ALAM SEKITAR, RISIKO KESIHATAN DI GAZA

DUNIA

UNRWA BERI AMARAN BENCANA ALAM SEKITAR, RISIKO KESIHATAN DI GAZA

UNRWA berkata setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari.

Gambar fail (AFP)

RAMALLAH: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari.”

“Akses kemanusiaan tanpa halangan + #CeasefireNow adalah penting untuk memulihkan keadaan hidup yang berperikemanusiaan,” katanya.

Serangan berterusan tentera rejim Israel di darat, laut dan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, 2023 telah mengakibatkan kematian lebih 37,202 orang dan mencederakan 84,932 yang lain manakala ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading