USIM CIPTA APLIKASI QURAN ISYARAT PERTAMA, MUDAHKAN OKU
NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) berjaya mencipta aplikasi Quran Isyarat pertama di negara bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran untuk membaca dan mendalami Al-Quran.
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (dua, kiri) berkenan melihat replika bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis perasmian bangunan tersebut dan pelancaran Aplikasi Quran Isyarat USIM hari ini. – BERNAMA
NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) berjaya mencipta aplikasi Quran Isyarat pertama di negara bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran untuk membaca dan mendalami Al-Quran.
Naib Canselor USIM Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di FPQS telah menjalankan penyelidikan meneroka ilmu baharu ke arah mempromosi keseimbangan hidup komuniti OKU bertunjangkan Maqasid Syariah dan pendekatan Islami.
“Kekuatan visual dan celik IT dalam kalangan OKU pendengaran menjadi asas kepada penerokaan dan kajian berkaitan kesediaan, kebolehgunaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran berasaskan kekuatan mereka.
“Komuniti OKU pendengaran, bukan sahaja dari Malaysia malah di seluruh pelosok dunia mampu untuk membaca Quran menggunakan Aplikasi Quran Isyarat dan boleh muat turun aplikasi ini melalui platform android dan iOS secara percuma,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Aplikasi Quran Isyarat dan perasmian bangunan Falkulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) di USIM, dekat sini, hari ini.
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan merasmikan majlis yang turut dihadiri Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Mohamed Ridza berkata aplikasi tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai First Sign Languange Al-Quran Application.
Jelasnya aplikasi tersebut bermula daripada hasil projek tahun akhir pelajar FPQS sesi 2015/2016 yang menciptakan courseware software interaktif pembelajaran Quran dan Solat (iSign QurANIS) pada 2017.
Kemudian hasil maklum balas Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) membuka ruang penambahbaikkan produk ini daripada courseware software kepada platform Android dan iOS.
Katanya projek ini menerima suntikan dana di bawah program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan SME Corp bagi menyempurnakan Fasa satu dan dua iaitu menaik taraf reka bentuk aplikasi dan melengkapkan 30 juzuk kaedah Tilawah Quran dengan isyarat kod tangan Quran dan transliterasi Makhraj.
Pengarah UMMI Dr Norakyairee Mohd Raus berkata setakat ini Surah Al-Fatihah dan Juzuk Amma atau Juz ke-30 dalam Al-Quran telah lengkap dibangunkan dan baki 29 juzuk lagi memerlukan dana khas bagi menyempurnakan 30 Juzuk Quran.
Norakyairee berkata kos pembangunan aplikasi tersebut bagi fasa satu dan dua mencecah hampir RM1 juta dan memerlukan kira-kira RM3 juta lagi bagi fasa tiga untuk melengkapkan baki 29 juzuk Terjemahan Quran mesra OKU pendengaran.
Noraini dalam ucapannya berkata kejayaan aplikasi tersebut telah menarik minat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan menjemput penyelidik daripada UMMI mempromosikan aplikasi tersebut di Expo Dubai 2020 sebagai pendedahan di peringkat antarabangsa. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager